Isnin, 21 September 2015

Akshay Kumar Mendermakan Rs 1 lakh setiap keluarga setiap bulan.

New Delhi: Akshay Kumar sudah pasti 'raja' layar perak tetapi dengan perbuatan dermawan baru-baru ini beliau membuktikan menjadi seorang wira kehidupan sebenar juga.

Dalam paparan semata-mata manusia, wira tindakan telah menyediakan bantuan kewangan kepada kemarau melanda keluarga petani Maharashtra dari tiga empat bulan lalu.

Ia memberikan Rs 50K Rs 1 lakh setiap keluarga setiap bulan.

"Akshay telah mengetepikan jumlah antara Rs 50,000 hingga Rs 1 lakh setiap keluarga untuk beberapa bulan. Wang ini akan dihantar kepada hampir 30 keluarga. Dan, ini bukanlah sesuatu yang dia telah lakukan seiring dengan NGO. Pasukannya telah terlibat secara langsung dan berhubung dengan keluarga-keluarga ini, "kata seorang terkemuka Akhbar itu memetik seorang orang dalam.

Yang ketara, Maharashtra telah menghadapi salah satu daripada kemarau yang paling buruk. Fenomena semula jadi mengerikan memaksa ramai petani untuk menamatkan riwayat hidup mereka meninggalkan keluarga mereka dalam keadaan mengerikan

-SHAHRUL-

Khamis, 27 Ogos 2015

YATT HAMZAH KINI SEORANG JANDA

Jika sebelum ini, rumah tangga Haryati Hamzah atau Yatt dan suaminya, Abdul Mutalib Abdul Shukor pernah dikatakan berantakan tetapi berjaya diselamatkan. Namun jodoh itu tak berjaya dipanjangkan lagi apabila rumahtangga mereka yang dibina sejak 2009 itu berakhir semalam. 

Difahamkan, Yatt dan Mutalib bercerai dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah KL secara tertutup sekitar jam 4.23 petang. 

Hal itu disahkan sendiri oleh Abdul Mutalib menerusi aplikasi WhatsApp. 

"Kami berpisah secara baik. Makluman ini dibuat bertujuan mengelak sebarang fitnah dan pandangan negatif masyarakat. Apa pun mohon teman media mendoakan yg terbaik buat kami berdua meneruskan kehidupan seperti biasa. Sekian, terima kasih," jelasnya. 

Manakala bagi Yatt pula, dia menerima suratan ini dengan tenang. Dia dan suami telah membuat perjanjian yang terbaik buat anak mereka. 

"Ini yang terbaik untuk kami berdua buat masa ini. Alhamdulillah saya terima suratan ini dengan tenang. Ini yang Tuhan susun dan tulis di Loh Mahfuz. Saya meneruskan kehidupan macam biasa. 

Malah saat ini, saya sibuk dengan beberapa agenda kerja. Selebihnya mengenai hati saya, cukup saya katakan Allah sahaja yang maha mengetahui," katanya. 

 

"Kami masih berhubung dan berkawan baik. Cuma gelaran suami isteri itu sudah tiada. Doakan saya dan bekas suami kuat menerima ketentuan ini. Insya-Allah. Soal anak pun tak menjadi masalah kerana kami sudah berbincang. 

Kami sudah melakukan perjanjian terbaik untuk anak kami. Harapnya ia tak akan menimbulkan masalah. Soal giliran menjaga itu sama sahaja seperti ibu bapa yang melalui perceraian. Tak ada isu rebut anak pun. 

Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan anak perempuan, Suci Hanania Malika Abdul Mutalib yang kini berusia lima tahun. 

Sumber: SHAHRUL

Kerajaan TurunKan Harga Tuala Wanita !!!

PANTAUAN GST: Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan kelihatan tidak memahami apabila tiba mengenai kitaran bulanan haid wanita.

Dalam satu tweet beliau @ahmadmaslan pada 7 April, timbalan menteri itu berkata: Kotex 10 peratus SST (Sales and Service Tax). Pembangkang minta kekalkan? Kjaan turunkan kpd enam peratus GST.

Ya, harga tuala wanita mungkin telah turun selepas GST tetapi itu bukanlah isunya.
Dengan GST, harga untuk semua perkara lain telah meningkat secara menyeluruh yang menyebabkan perbelanjaan bulanan setiap individu juga turut meningkat.

Tuala wanita adalah urusan bulanan bagi setiap wanita, kecuali kepada mereka yang telah putus haid.

Justeru ianya adalah barang penting bagi setiap wanita
Dengan peningkatan perbelanjaan, bukankan barang ini seharusnya berkadar sifar?

Lebih-lebih lagi, kerajaan mengutip cukai terhadap setiap barang lain dengan GST.
Mereka mampu untuk mengecualikan barang ini dari dicukai.

Bukan saja ianya tidak dikecualikan dari cukai, kitaran haid bulanan wanita juga telah menjadi bahan jenaka di Parlimen.

Pada 19 Mac, Tiong King Sing (BN-Bintulu) telah menjadi bahan gelak tawa di Parlimen apabila beliau dilaporkan menyampaikan wanita di kawasan parlimen beliau yang resah apabila perlu membayar lebih untuk tuala wanita apabila GST dilaksanakan.

Kotex (tuala awanita) akan menjadi lebih mahalwanita telah merungut bahawa mereka perlu membayar GST setiap bulan! Dan banyak lagi barang lain seperti sos tomato, sos cili, pengasah pensil, pensil dan pembersih tandas.

Mereka berkata mereka keliru dan bertanya sama ada barang ini akan dikenakan GST, Tiong dipetik sebagai berkata, menghadirkan gelak ketawa dalam dewan.

Sumber: ketumviral

Ahad, 9 Ogos 2015

Tuan-Tuan Nak BR1M Lagi ke Tidak? Kalau Tidak Saya Batalkan BR1M, Ada Cara Lain ke Lebih Baik?- Usik Najib Razak


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dengan nada mengusik berkata sekiranya rakyat tidak memerlukan BR1M, beliau boleh menarik semula bantuan terbabit.

"" katanya ketika berucap di mesyuarat agung Umno Pasir Gudang pada hari ini memetik laporan Malaysiakini.

"", kedengaran beberapa suara jawapan dari kalangan perwakilan yang hadir dalam mesyuarat tersebut.

Kenyataan itu dilontarkan oleh Najib Razak dengan nada yang menyindir pengkritik kerajaan.

Najib juga berkata ada pihak yang tidak menyukai bentuk bantuan yang diberikan olehnya itu kepada rakyat. Tambahnya pada zaman sebelumnya, kerajaan membantu rakyat dengan membina kemudahan awam seperti jalan raya.

"," katanya dalam laoran terbabit.

Dr Mahathir Mohamad sebelum ini pernah mengkritik hebat pemberian BR1M oleh Najib Razak dengan menyifatkan bantuan itu seolah-olah sebagai rasuah dan membeli undi. - SHAHRUL

Rabu, 22 Julai 2015

Perniagaan Tudung Zara Zya Kurang Dapat Sambutan

Sudah menjadi satu trend sekarang dimana para selebriti akan menggunakan nama serta populariti yang mereka ada untuk menceburi dalam bidang perniagaan yang rata-rata mengiklankan produk mereka di media sosial.

Antara artis yang aktif berniaga adalah pelakon Zara Zya dimana beliau mempunyai produk makanan serta tudung beliau sendiri. Walaupun produk makanan beliau laris dijual tetapi Zara mengakui  terpaksa memperlahankan perniagaan tudungnya kerana kurang mendapat sambutan.

Faktor utama adalah kerana pengguna tidak gemar membeli tudung yang dijual oleh selebriti yang tidak memakai tudung.

Saya perlahankan penjualan tudung kerana sambutan agak kurang, mungkin mereka tak suka artis yang tidak bertudung menjual tudung. Lagi pula saya sibuk dengan produk makanan dan tiada orang yang uruskan tudung itu.

Tidak berputus asa apabila salah satu produknya gagal, Zara kini memberikan sepenuh perhatian kepada penjualan biskut raya dan sambal hasil air tangannya sendiri. Malah, tidak lama sahaja lagi pelakon yang mula popular menerusi drama Love You Mr Arrogant itu bakal melancarkan produk kosmetik beliau sendiri tidak lama sahaja lagi.

Memang kita harus rebut peluang yang ada dalam bidang perniagaan, tetapi bukan semua perkara yang kita ingin lakukan itu akan menjadi. Perniagaan tudung memang banyak pesaingnya sekarang.

Sumber : Shahrul Blogger

BIKIN PANAS!! Azwan Ali Hina Mangsa Kemalangan Jalan Raya

Apa nak jadi dengan diva kita yang sorang ni pun tak tahu nak cakap lah. Sejak kebelakangan ini Diva AA nampaknya tidak habis-habis mencetuskan kontroversi hangat.

Daripada isu PANAS! Isu Azwan Ali Maki Hamun Wanita ‘Me’nate’ Berpanjangan, Panas! Diva Azwan Ali Mengamuk Dengan Agensi Pengurusan Umrah? sehinggalah isu PANAS!! Gara-gara Tidak Ditegur, Azwan Ali Maki Nabil Ahmad Di Twitter menimbulkan kekecohan.

Namun, kali ini tindakan Diva AA yang mengeluarkan kenyataan seakan menghina manga kemalangan jalan raya pada Aidilfitri telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna Twitter. Kata-kata ini dianggap sangat ‘kurang ajar’ dan tidak bertamadun kerana tidak menghormati perasaan mangsa atau waris mangsa yang terlibat dalam kemalangan


Apa masalah dengan Azwan Ali ni pun tak tahulah tak reti-reti nak insaf ker bang? Sia-sia jelah kan kesana kemari pergi Mekah tapi hasilnya tetap sama. Sedih juga dengan situasi yang berlaku. Apapun doakan yang terbaik supaya Diva AA insaf dan kembali ke pangkal jalan. Mudah-mudahan!



Khamis, 2 Julai 2015

KONTROVERSI MENATE, AZWAN ALI MOHON MAAF

Kurang 24 jam dari tempoh seminggu yang diberikan, Azwan Ali‎ akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi laman akaun sosialnya berikutan kontroversi yang melandanya baru-baru ini.‎
 
Petikan status di Facebooknya menunjukkan tanda-tanda perdamaian nyata mengejutkan semua pihak, terutamanya netizen yang sebelum ini pedas menyindir Azwan.
 
Sebaik umat Islam berbuka puasa semalam, Azwan secara terbuka meminta maaf dan menyatakan rasa hormatnya terhadap  Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah‎ yang terdahulu, memberi amaran keras untuk membuat laporan polis terhadap kelantangannya menghina orang Melayu.
 
"Bila Ayah cabar Azwan Ali? Tak jadi masalah..Bersaksikan lebih 82,500 followers (pengikut), saya Azwan Ali meminta maaf jika ada pihak yang terus tersingggung! Azwan Ali seorang yang hormat orang tua seperti ayah.‎
 
"Tidak ada masalah langsung (walau sebesar hama) dan ‎harap bersifat terbuka. Hentikan isu yang telah diperbesarkan oleh pihak ketiga yang tidak bertanggungjawab," katanya.
 
Abdul Rani atau lebih dikenali dengan panggilan Ayah Arka memberikan tempoh seminggu bagi selebriti itu untuk membuat permohonan maaf sebelum laporan polis dibuat.
 
Menurut Arka, amaran itu bertujuan melindungi kedaulatan institusi Diraja serta menjaga kepentingan orang Melayu di negara ini.
 
Sementara itu, tambah Azwan lagi: "Bak kata Ayah, ini hari baik, bulan baik. Kepada semua Melayu khasnya si batu api, tolong muhasabah! Azwan Ali tidak gentar untuk berdepan dengan apa juga kebenaran.
 
"Baca terima maaf Azwan Ali dan stop all the nonsense! (hentikan semua hal mengarut!)," katanya lagi.

Kontroversi bermula apabila  Azwan yang menggelar dirinya Diva AA meminta cadangan lokasi restoran yang kurang dikunjungi ramai Melayu untuk menikmati hidangan steak menerusi akaun Twitternya.
 
Tweetnya itu turut mendapat respons dari seorang pengikutnya, @NurAziraWA yang secara ringkas menjawab ‘menate’.
 
Selebriti dan bekas hos televisyen itu yang tersalah tafsir jawapan tersebut terus menyerang dan menghina wanita berkenaan.
 
Namun, @NurAziraWA tidak cepat melatah dan menjawab bahawa dia hanya merujuk sebuah restoran yang diberi nama ‘Menate’ dan bukan mengutuk.

Sumber: SHAHRUL

Isnin, 29 Jun 2015

Salih Yaacob bakal Dikurniakan Anak ke 13

Tahniah diucapkan buat pelakon, pelawak dan juga penyampai radio, Salih Yaacob, 54, kerana bakal dikurniakan anak ke-13 hasil perkongsian hidupnya dengan isteri keempat, Samihah Syeikh Amy atau Emi, 28, yang dijangka bakal bersalin pada bila-bila masa minggu ini. 

Selain bakal memperoleh anak ke-13, Salih turut mempunyai enam cucu termasuk seorang cucu perempuan bernama Qaireena Ariana yang dilahirkan dua minggu lalu. 

 

Untuk rekod, Salih memilih Emi sebagai isteri keempatnya pada 2011 dan tiga isterinya sebelum ini iaitu Norlizah Mamat, 50, Norraha Hamat, 46, Norfara Wahida Sulaiman, 36, juga merestui perkahwinan ..

CHE TA SEDIA 60 PASANG BAJU RAYA UNTUK KELUARGA

Hari Raya Aidilfiti tahun ini pasti disambut meriah oleh pelakon jelita Rozita Che Wan sekeluarga dengan kehadiran orang baru dalam hidup mereka, Aaisyah Dhia Rana yang kali pertama menyambut hari kemenangan umat Islam ini.

Memetik laporan mStar Online, Che Ta mendedahkan sudah menyiapkan 20 pasang baju kurung buat dirinya untuk digayakan sempena Aidilfitri kali ini.

Malah, suaminya Zain Saidin dan si kecil Aaisyah juga mempunyai jumlah baju raya yang sama sekali gus menggenapkan 60 pasang baju untuk tiga beranak ini.

“Semua baju untuk hari raya sudah pun siap dan jumlah itu sebenarnya bukanlah hanya untuk dipakai pada hari raya sahaja tetapi ketika menghadiri jemputan rumah terbuka sepanjang sebulan Syawal.

“Paling penting bukan saya sahaja ada 20 pasang baju tetapi Zain dan Aaisyah juga,” katanya.

Dalam pada itu, tahun ini Che Ta akan beraya di rumah keluarga suaminya di Bukit Antarabangsa, Ampang sebelum pulang ke kampungnya di Alor Star, Kedah.

-SHAHRUL

ADAM CORRIE KAGUMI SEMANGAT ISTERI TUNAI UMRAH

ADAM CORRIE KAGUMI SEMANGAT ISTERI TUNAI UMRAH

Oleh: SHAHRUL

Tarikh: 29 Jun 2015

Biarpun baru tiga hari dibenarkan keluar hospital selepas menghadapi pembedahan di perut, ia tidak menghalang isteri Adam Corrie Lee Abdullah, Fazema Mohd Fuad untuk bersama-sama menunaikan ibadah umrah bersama suaminya.
 
Menceritakan pengalaman menunaikan umrah bersama, Adam Corrie, 40, menerusi tulisan di akaun Facebooknya mengagumi kegigihan isterinya dalam menahan sakit untuk bersama menunaikan ibadah kepada Allah.
 
“Enam hari sebelum berangkat ke Tanah Suci, bidadari (isteri) saya dimasukkan ke hospital untuk pembedahan di bahagian perutnya.
 
“… doktor bagi cuti sakit selama 44 hari. Dalam keadaan yang tidak sihat tetapi oleh kerana rasa tanggungjawab kendalikan program umrah 'Kembara Iman Saudara Baru', bidadari saya pergi juga umrah bersama,” katanya.
 
Menurutnya lagi, atas nasihat doktor, Fazema terpaksa menggunakan kerusi roda ketika hari pertama menunaikan umrah.
 
“Hari pertama sampai di Mekah saya bantu bidadari saya pakai wheel chair (kerusi roda) tunaikan umrah kerana tak (tidak) boleh berdiri dan berjalan lagi.
 
“Hari ketiga, pada pukul 10:30 malam program kami mendaki Bukit Nur atau Jabal Nur pula,” ujarnya.
 
Hasrat Fazena untuk terus menunggu di dalam bas sementara jemaah lain mendaki bukit tidak kesampaian apabila bas yang dinaiki sudah berlepas.
 
“Bidadari saya kata;"Mungkin ALLAH nak (mahu) kita daki juga walaupun dalam keadaan tidak sihat. Isteri Rasulullah SAW, Siti Khadijah dulu berulang alik daki Jabal Nur hantar makanan ketika sedang hamil 8 bulan. Tidak ada masalah, Alhamdulillah.
 
“... Hanya berbekalkan tongkat mendaki Jabal Nur dan saya yang memimpinnya di waktu malam. Alhamdulillah.... Bidadari saya selamat sampai kemuncak Jabal Nur dan dapat masuk Gua Hira pada pukul 12:15 malam dengan izin ALLAH,” katanya lagi menerusi tulisannya.

Kesihatan Black Beransur Pulih

Mengakui terkejut apabila doktor mengesyaki dia menghidap sakit jantung ketika menjalani pemeriksaan perubatan beberapa minggu lepas, Black Hanafiah tidak menjangkakan langsung bahawa perkara tersebut menyerangnya.

BACA: Di Sekitar Majlis Aqiqah Anak Black, Khaleef Dayyan

“Kejadian berlaku tiga minggu lepas sewaktu saya dan isteri sedang mencari lokasi untuk mengadakan majlis cukur jambul anak saya. Ketika naik tangga di Dewan N’dah Mahligai, badan saya tiba-tiba rasa letih dan jantung berdegup laju sangat”

“Saya kemudian rasa pening dan nak muntah sehingga isteri menyuruh saya duduk dan baring dulu. Selepas itu, kami terus pergi ke klinik untuk menjalani pemeriksaan dan ketika di sana, doktor melakukan ECG (electrocardiogram) ke atas saya,” katanya kepadaTonton Extra.

Menurut penyanyi ini, dia ditahan selama satu malam bagi mendapatkan pemerikasaan lanjut dan bersyukur apabila doktor mengesahkan dirinya tidak mempunyai sebarang masalah dan keadaannya kini pun sedah beransur pulih.

 

“Pada waktu itu, saya hanya fikirkan anak, isteri dan juga keluarga. Semasa dukung Khaleef, saya sampai memohon kepada Allah supaya jangan ambil nyawa saya lagi sebab saya nak tengok anak saya membesar dulu. Ketika berada di hospital, saya ditahan satu malam untuk doktor membuat pemeriksaan lanjut”

“Alhamdulillah, selepas pemeriksaan dibuat, doktor mengesahkan jantung saya tidak ada masalah dan keadaan saya sekarang sudah semakin baik,” ujar Black. 

-SHAHRUL

Pasangan Suami Isteri Dera Anak Perempuan 5 Tahun Ditahan Reman 4 Hari

Pasir Mas: Sepasang suami isteri yang dipercayai mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun yang menjadi viral di laman sosial baru-baru ini telah ebrjaya ditahan oleh pihak polis.

Memetik laporan Harian Metro, pasangan ini yang merupakan bapa dan ibu tiri kepada kanak-kanak malang berkenaan berusia 39 dan 25 tahun telah berjaya ditahan di hadapan restoran di Jalan Bayam Kota Bharu, 9 malam tadi.

BACA: Badan Kanak-Kanak Berusia 5 Tahun Penuh Lebam Dan Parut Didera Ibu Tiri

Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Pasir Mas, Rashid Mustapa telah mengeluarkan perintah tahanan reman kepada mereka selama 4 hari bermula khamis.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak Kanak 2001.

Sebelum ini, media melaporkan kanak-kanak ini telah didera oleh ibu tirinya selepas sehingga patah tulang belakang, kurus kering dan terdapat parut dan luka seluruh badan selepas di ambil oleh ibu kandungnya di rumah bapa kanak-kanak tersebut di Rantau Panjang.

-Shahrul

Ahad, 28 Jun 2015

Tasha Shila Buat Report Polis

Aktres Tasha Shilla atau nama sebenarnya Natasha Shiela Razak terus mengunci mulut dan enggan memberikan sebarang komen berkenaan dengan kontroversi gambar seorang wanita separuh bogel yang didakwa miliknya. Tasha berdiam diri kerana dia risaukan kenyataan yang diberikan bakal dimanipulasikan oleh sesetengah pihak.

"Selepas membuat laporan pada 9 Jun lalu. Saya serahkan semuanya kepada pihak polis untuk melakukan tindakan selanjutnya. Saya enggan beri sebarang ulasan kerana ini telah menjadi kes polis dan pihak bertanggungjawab akan melakukan siasatan. Saya tidak akan beritahu butir-butir mengenai laporan tersebut," kata Tasha yang ditemui semalam usai Majlis Berbuka Puasa AirAsia di Hotel Hilton Kuala Lumpur.

Tasha juga enggan bercerita mengenai perkara tersebut kepada umum kerana menganggap itu adalah perkara peribadi dan hanya mahu menyimpan cerita itu kepada dirinya sendiri.

"Biarlah apa pun pandangan orang mengenai kontroversi berkenaan. Seperti kata pepatah, tak hidup dek puji, tak mati dek keji, saya tak dapat puaskan hati semua pihak. Terpulanglah orang mahu kata apa pun," kata Tasha sambil turut merakamankan sesi temubual antara dirinya dan pihak media untuk simpanannya.

Merasakan apa yang terjadi merupakan ujian buat dirinya, Tasha mengakui dia berasa kecewa tetapi ianya tidak meruntuhkan semangat Tasha.

"Saya kecewa dengan perkara ini. Sepertinya mahu menjatuhkan maruah saya sebagai wanita. Ini ujian buat saya dan apa pun yang terjadi, saya hanya berserah dan terima semua dengan redha," katanya mengakhiri perbualan.

-ARTIKEL SHAHRUL