Isnin, 29 Jun 2015

Salih Yaacob bakal Dikurniakan Anak ke 13

Tahniah diucapkan buat pelakon, pelawak dan juga penyampai radio, Salih Yaacob, 54, kerana bakal dikurniakan anak ke-13 hasil perkongsian hidupnya dengan isteri keempat, Samihah Syeikh Amy atau Emi, 28, yang dijangka bakal bersalin pada bila-bila masa minggu ini. 

Selain bakal memperoleh anak ke-13, Salih turut mempunyai enam cucu termasuk seorang cucu perempuan bernama Qaireena Ariana yang dilahirkan dua minggu lalu. 

 

Untuk rekod, Salih memilih Emi sebagai isteri keempatnya pada 2011 dan tiga isterinya sebelum ini iaitu Norlizah Mamat, 50, Norraha Hamat, 46, Norfara Wahida Sulaiman, 36, juga merestui perkahwinan ..

CHE TA SEDIA 60 PASANG BAJU RAYA UNTUK KELUARGA

Hari Raya Aidilfiti tahun ini pasti disambut meriah oleh pelakon jelita Rozita Che Wan sekeluarga dengan kehadiran orang baru dalam hidup mereka, Aaisyah Dhia Rana yang kali pertama menyambut hari kemenangan umat Islam ini.

Memetik laporan mStar Online, Che Ta mendedahkan sudah menyiapkan 20 pasang baju kurung buat dirinya untuk digayakan sempena Aidilfitri kali ini.

Malah, suaminya Zain Saidin dan si kecil Aaisyah juga mempunyai jumlah baju raya yang sama sekali gus menggenapkan 60 pasang baju untuk tiga beranak ini.

“Semua baju untuk hari raya sudah pun siap dan jumlah itu sebenarnya bukanlah hanya untuk dipakai pada hari raya sahaja tetapi ketika menghadiri jemputan rumah terbuka sepanjang sebulan Syawal.

“Paling penting bukan saya sahaja ada 20 pasang baju tetapi Zain dan Aaisyah juga,” katanya.

Dalam pada itu, tahun ini Che Ta akan beraya di rumah keluarga suaminya di Bukit Antarabangsa, Ampang sebelum pulang ke kampungnya di Alor Star, Kedah.

-SHAHRUL

ADAM CORRIE KAGUMI SEMANGAT ISTERI TUNAI UMRAH

ADAM CORRIE KAGUMI SEMANGAT ISTERI TUNAI UMRAH

Oleh: SHAHRUL

Tarikh: 29 Jun 2015

Biarpun baru tiga hari dibenarkan keluar hospital selepas menghadapi pembedahan di perut, ia tidak menghalang isteri Adam Corrie Lee Abdullah, Fazema Mohd Fuad untuk bersama-sama menunaikan ibadah umrah bersama suaminya.
 
Menceritakan pengalaman menunaikan umrah bersama, Adam Corrie, 40, menerusi tulisan di akaun Facebooknya mengagumi kegigihan isterinya dalam menahan sakit untuk bersama menunaikan ibadah kepada Allah.
 
“Enam hari sebelum berangkat ke Tanah Suci, bidadari (isteri) saya dimasukkan ke hospital untuk pembedahan di bahagian perutnya.
 
“… doktor bagi cuti sakit selama 44 hari. Dalam keadaan yang tidak sihat tetapi oleh kerana rasa tanggungjawab kendalikan program umrah 'Kembara Iman Saudara Baru', bidadari saya pergi juga umrah bersama,” katanya.
 
Menurutnya lagi, atas nasihat doktor, Fazema terpaksa menggunakan kerusi roda ketika hari pertama menunaikan umrah.
 
“Hari pertama sampai di Mekah saya bantu bidadari saya pakai wheel chair (kerusi roda) tunaikan umrah kerana tak (tidak) boleh berdiri dan berjalan lagi.
 
“Hari ketiga, pada pukul 10:30 malam program kami mendaki Bukit Nur atau Jabal Nur pula,” ujarnya.
 
Hasrat Fazena untuk terus menunggu di dalam bas sementara jemaah lain mendaki bukit tidak kesampaian apabila bas yang dinaiki sudah berlepas.
 
“Bidadari saya kata;"Mungkin ALLAH nak (mahu) kita daki juga walaupun dalam keadaan tidak sihat. Isteri Rasulullah SAW, Siti Khadijah dulu berulang alik daki Jabal Nur hantar makanan ketika sedang hamil 8 bulan. Tidak ada masalah, Alhamdulillah.
 
“... Hanya berbekalkan tongkat mendaki Jabal Nur dan saya yang memimpinnya di waktu malam. Alhamdulillah.... Bidadari saya selamat sampai kemuncak Jabal Nur dan dapat masuk Gua Hira pada pukul 12:15 malam dengan izin ALLAH,” katanya lagi menerusi tulisannya.

Kesihatan Black Beransur Pulih

Mengakui terkejut apabila doktor mengesyaki dia menghidap sakit jantung ketika menjalani pemeriksaan perubatan beberapa minggu lepas, Black Hanafiah tidak menjangkakan langsung bahawa perkara tersebut menyerangnya.

BACA: Di Sekitar Majlis Aqiqah Anak Black, Khaleef Dayyan

“Kejadian berlaku tiga minggu lepas sewaktu saya dan isteri sedang mencari lokasi untuk mengadakan majlis cukur jambul anak saya. Ketika naik tangga di Dewan N’dah Mahligai, badan saya tiba-tiba rasa letih dan jantung berdegup laju sangat”

“Saya kemudian rasa pening dan nak muntah sehingga isteri menyuruh saya duduk dan baring dulu. Selepas itu, kami terus pergi ke klinik untuk menjalani pemeriksaan dan ketika di sana, doktor melakukan ECG (electrocardiogram) ke atas saya,” katanya kepadaTonton Extra.

Menurut penyanyi ini, dia ditahan selama satu malam bagi mendapatkan pemerikasaan lanjut dan bersyukur apabila doktor mengesahkan dirinya tidak mempunyai sebarang masalah dan keadaannya kini pun sedah beransur pulih.

 

“Pada waktu itu, saya hanya fikirkan anak, isteri dan juga keluarga. Semasa dukung Khaleef, saya sampai memohon kepada Allah supaya jangan ambil nyawa saya lagi sebab saya nak tengok anak saya membesar dulu. Ketika berada di hospital, saya ditahan satu malam untuk doktor membuat pemeriksaan lanjut”

“Alhamdulillah, selepas pemeriksaan dibuat, doktor mengesahkan jantung saya tidak ada masalah dan keadaan saya sekarang sudah semakin baik,” ujar Black. 

-SHAHRUL

Pasangan Suami Isteri Dera Anak Perempuan 5 Tahun Ditahan Reman 4 Hari

Pasir Mas: Sepasang suami isteri yang dipercayai mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun yang menjadi viral di laman sosial baru-baru ini telah ebrjaya ditahan oleh pihak polis.

Memetik laporan Harian Metro, pasangan ini yang merupakan bapa dan ibu tiri kepada kanak-kanak malang berkenaan berusia 39 dan 25 tahun telah berjaya ditahan di hadapan restoran di Jalan Bayam Kota Bharu, 9 malam tadi.

BACA: Badan Kanak-Kanak Berusia 5 Tahun Penuh Lebam Dan Parut Didera Ibu Tiri

Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Pasir Mas, Rashid Mustapa telah mengeluarkan perintah tahanan reman kepada mereka selama 4 hari bermula khamis.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak Kanak 2001.

Sebelum ini, media melaporkan kanak-kanak ini telah didera oleh ibu tirinya selepas sehingga patah tulang belakang, kurus kering dan terdapat parut dan luka seluruh badan selepas di ambil oleh ibu kandungnya di rumah bapa kanak-kanak tersebut di Rantau Panjang.

-Shahrul

Ahad, 28 Jun 2015

Tasha Shila Buat Report Polis

Aktres Tasha Shilla atau nama sebenarnya Natasha Shiela Razak terus mengunci mulut dan enggan memberikan sebarang komen berkenaan dengan kontroversi gambar seorang wanita separuh bogel yang didakwa miliknya. Tasha berdiam diri kerana dia risaukan kenyataan yang diberikan bakal dimanipulasikan oleh sesetengah pihak.

"Selepas membuat laporan pada 9 Jun lalu. Saya serahkan semuanya kepada pihak polis untuk melakukan tindakan selanjutnya. Saya enggan beri sebarang ulasan kerana ini telah menjadi kes polis dan pihak bertanggungjawab akan melakukan siasatan. Saya tidak akan beritahu butir-butir mengenai laporan tersebut," kata Tasha yang ditemui semalam usai Majlis Berbuka Puasa AirAsia di Hotel Hilton Kuala Lumpur.

Tasha juga enggan bercerita mengenai perkara tersebut kepada umum kerana menganggap itu adalah perkara peribadi dan hanya mahu menyimpan cerita itu kepada dirinya sendiri.

"Biarlah apa pun pandangan orang mengenai kontroversi berkenaan. Seperti kata pepatah, tak hidup dek puji, tak mati dek keji, saya tak dapat puaskan hati semua pihak. Terpulanglah orang mahu kata apa pun," kata Tasha sambil turut merakamankan sesi temubual antara dirinya dan pihak media untuk simpanannya.

Merasakan apa yang terjadi merupakan ujian buat dirinya, Tasha mengakui dia berasa kecewa tetapi ianya tidak meruntuhkan semangat Tasha.

"Saya kecewa dengan perkara ini. Sepertinya mahu menjatuhkan maruah saya sebagai wanita. Ini ujian buat saya dan apa pun yang terjadi, saya hanya berserah dan terima semua dengan redha," katanya mengakhiri perbualan.

-ARTIKEL SHAHRUL