Isnin, 29 Jun 2015

CHE TA SEDIA 60 PASANG BAJU RAYA UNTUK KELUARGA

Hari Raya Aidilfiti tahun ini pasti disambut meriah oleh pelakon jelita Rozita Che Wan sekeluarga dengan kehadiran orang baru dalam hidup mereka, Aaisyah Dhia Rana yang kali pertama menyambut hari kemenangan umat Islam ini.

Memetik laporan mStar Online, Che Ta mendedahkan sudah menyiapkan 20 pasang baju kurung buat dirinya untuk digayakan sempena Aidilfitri kali ini.

Malah, suaminya Zain Saidin dan si kecil Aaisyah juga mempunyai jumlah baju raya yang sama sekali gus menggenapkan 60 pasang baju untuk tiga beranak ini.

“Semua baju untuk hari raya sudah pun siap dan jumlah itu sebenarnya bukanlah hanya untuk dipakai pada hari raya sahaja tetapi ketika menghadiri jemputan rumah terbuka sepanjang sebulan Syawal.

“Paling penting bukan saya sahaja ada 20 pasang baju tetapi Zain dan Aaisyah juga,” katanya.

Dalam pada itu, tahun ini Che Ta akan beraya di rumah keluarga suaminya di Bukit Antarabangsa, Ampang sebelum pulang ke kampungnya di Alor Star, Kedah.

-SHAHRUL

Tiada ulasan:

Catat Ulasan